PKG KUALA KUBU BAHRU PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH

SENTIASA BERINOVASI MENUJU KECEMERLANGAN

PKG KAMI PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH


Tuesday, March 23, 2010

Keputusan Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2010

Pusat perdagangan industri buku
Ahad, 21 Mac 2010 07:58
manage by:
saiful.hasam@utusan.co.my
Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pengunjung, Mohd. Mujahid Mohd. Isa, 11, (dua dari kiri) KUALA LUMPUR 20 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) diangkat statusnya sebagai pusat perdagangan industri buku, sekurang-kurangnya bagi rantau Asia, dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai sasaran itu, Pesta Buku Frankfurt yang disertai hampir 10,000 penggiat industri buku dari seluruh dunia perlu dijadikan penanda aras
dalam penganjuran PBAKL pada masa akan datang.
Justeru beliau menyeru penganjur menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi
merangka strategi baru untuk mengangkat status PBAKL. "Pesta Buku Frankfurt pada hari ini adalah pameran buku antarabangsa terbesar di dunia yang saban tahun berjaya menghimpunkan penyertaan hampir 10,000 penerbit, penulis, penyunting, penjual buku, agen penulis dan penterjemahan serta pelbagai pihak profesional yang terlibat dalam industri perbukuan dari seluruh dunia.
"Hampir 95 peratus jualan pada pesta buku itu membabitkan transaksi berkaitan penjualan hak cipta, penjualan lesen penerbitan, hak penterjemahan dan sebagainya," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan PBAKL ke-29 yang berlangsung sehingga 28Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2010, Datuk Ivan Hoe.
Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2010 kepada Yootha Tiki Yong dari Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Selangor dan Nur Adilla Abd. Rahim dari Sekolah Menengah Agama Al-Irshad, Pulau Pinang.
Beliau turut melancarkan sebuah buku bertajuk Najib: Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan yang ditulis Muhammad Zahid Md. Arip.

No comments:

Post a Comment