PKG KUALA KUBU BAHRU PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH

SENTIASA BERINOVASI MENUJU KECEMERLANGAN

PKG KAMI PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH


Monday, March 22, 2010

Lawatan ke BTP KPM dan Parlimen Malaysia

Lawatan kerja ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur dan juga ke Bangunan Parlimen Malaysia anjuran bersama Kohort 8 dan juga 9, dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UPSI pada 17 March 2010 yang lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri kita semua. Itu adalah pertama kali kita berkesempatan untuk menaiki bas UPSI yang selama ini kita hanya dapat merasa semasa minggu orientasi tiga tahun yang lalu. Sungguh manis kenangan itu dan dalam pada kita mengimbas kembali kenangan tersebut kita telah berada di semester akhir pengajian kita. Begitulah pantasnya masa berjalan dan begitu juga kenangan yang kita harungi bersama, pahit manis semasa mengharungi kuliah semester demi semester... dan pada hari lawatan tersebut bukan sahaja Atie seorang merasa excited begitu juga kawan-kawan yang lain semasa di dalam bas menuju ke Kuala Lumpur.
Banyak maklumat yang kita dapati di situ walaupun Atie adalah orang BTP namun kembali ke BTP adalah sesuatu yang indah dan menyeronokkan, terima kasihlah pada Cik Asmara yang telah mengilhamkan untuk membuat lawatan tersebut. Seribu kemaafan sekiranya kawan semua merasa terlalu lapar kerana semua muka telah pucat sebab kelaparan.

2 comments:

  1. tahniah atas penganjuran lawatan tersebut.
    Sekejap sangat masa diperuntukkan dalam dewan parlimen.

    ReplyDelete
  2. Thank you En Nasir,
    Maaflah jika ada kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan sepanjang menganjurkan lawatan tersebut. Harap kawan-kawan lain pun maafkan saya.. k

    ReplyDelete